Keadaan bayi sebelum digoncang
Bayi berada di hospital selepas
beberapa jam digoncang
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan
kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan
yang kuat.
Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang
lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi
digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti
bantal.
Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi,
menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau
bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi
(child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar
berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih
belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama
bila bayi tidak mahu berhenti menangis.
Ada yang menimang bayi kerana
untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat
menjaga bayi.....( occupational stress ).
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga
pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan
otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DI AMBIL
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk
bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda
tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau
kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat
mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini.
Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes
dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk
alat menggoncang bayi seperti buaian.
(Forwarded email)
Monday, March 29, 2010
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)....AWAS!!!!!!
Posted by Anast at 5:21 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)