offspring

Sunday, October 19, 2008

Info SIHAT

Answer the phone by LEFT ear.
Do not drink coffee TWICE a day.
Do not take pills with COOL water.
Do not have HUGE meals after 5pm.
Reduce the amount of OILY food you consume.
Drink more WATER in the morning, less at night.
Keep your distance from hand phone CHARGERS.
Do not use headphones/earphone for LONG period of time.
Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.
Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

Saturday, October 18, 2008

Bahaya Menggunakan Pinggan Mangkuk MELAMINE


Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi ‘urea formaldehyde’ dan sangat merbahaya kepada kesihatan.

Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan elektrik dan ‘insulation’ wayar elektrik. Bahan ini amat berbahaya jika masuk ke dalam badan manusia & boleh menyebabkan masalah terhadap sistem penghadaman, sistem pernafasan, batu karang, buah pinggang, cancer pundi kencing dan juga kerosakan sistem pembiakan.

Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Untuk mengenali pinggan-mangkuk jenis melamin, kebiasaannya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-mangkok melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Pinggan-mangkuk melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah ‘leech out’ ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas.

Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.

Bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.

Langkah yang terbaik ialah menggunakan pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat stabil & selamat untuk digunakan.

Kebanyakan negara di Eropah, New Zealand, kerajaan Amerika Syarikat dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan penggunaan bagi semua mangkuk pinggan-mangkuk yang diperbuat daripada melamine.

Baca lagi tentang melamine di sini:
Melamine-tainted milk seized from China factory:
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/NewsBreak/20080915125202/Article/index_html

Melamine plates a health hazard
http://archive.gulfnews.com/articles/07/05/14/10125274.html

FDA: Melamine found in baby formula made in China
http://www.usatoday.com/money/industries/food/2008-09-11-tainted-formula_N

Pet Food Recall (Melamine)/Tainted Animal Feed

http://www.fda.gov/oc/opacom/hottopics/petfood.html

Sunday, September 21, 2008

Radikal Bebas, Penyakit dan Penuaan

Radikal Bebas, Penyakit dan Penuaan


Kemajuan dalam bidang perubatan sejak se abad yang lalu telah meningkatkan jangka hayat manusia sebanyak 50%. Pembangunan sistem pembetungan yang maju, air bersih, antibiotik, vaksin dan kebersihan diri telah berjaya menghapus- kan kebanyakan penyakit berjangkit. Jangka hayat dapat dipanjangkan dan penyakit akut bukan lagi penyebab kematian utama.

Namun begitu, terdapat banyak kematian yang disebabkan oleh penyakit kronik, seperti kanser, lemah jantung dan lain-lain penyakit yang berpunca dari kelemahan dan ketidakfungsian sistem imun. Penyakit-penyakit yang membuat pengidapnya kurang berupaya dan perlu bergantung kepada orang lain. Ketidakupayaan meningkat dalam beberapa tahun terakhir kehidupan, begitu juga dengan penyakit, yang menjadikan kematian satu proses panjang yang mahal dan menyakitkan.

Persoalannya: Apakah yang menyebabkan penuaan dan penambahan penyakit
dan ketidakupayaan apabila usia makin meningkat?


Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya
teori radikal bebas yang diterima ramai. Teori ini mula diketengahkan oleh Professor Denham Harman pada tahun 1954. Ia menyatakan bahawa penuaan disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas.

Dari mana datangnya radikal bebas dan apa kesannya?

Sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Di dalam proses tersebut, kadang-kadang oksigen akan bertindakbalas dengan sebatian badan dan menghasilkan molekul yang sangat tidak stabil.
Molekul ini dikenali sebagai radikal bebas.

Selain dari proses biasa badan kita, faktor alam sekitar seperti pencemaran udara, asap rokok, radiasi, bahan kimia dan lain-lainnya akan menambahkan lagi pembentukan radikal bebas. Masalah akan timbul
apabila jumlah radikal bebas melebihi daripada yang mampu dihapuskan oleh sistem badan.
Keadaan dikenali sebagai
stres pengoksidan.


Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin
bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semula- jadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan.


Bagaimana menangani radikal bebas?

Badan kita memerlukan anti-oksidan untuk memusnahkan radikal bebas.
Namun begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari makanan kita. Seperti yang telah diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, Vitamin E dan beta karotina.

Kajian-kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi mendapati bahawa sumber terbaik anti-oksidan boleh diperolehi dari sejenis buah beri yang dinamakan Açai. Ia mengandungi 33 kali lebih banyak anti-oksidan jika dibandingkan dengan anggur merah. Beri Açai telah dinobatkan sebagai salah satu dari "10 makanan hebat untuk menentang penuaan" di dalam rancangan Oprah Winfrey.

Terdapat beberapa produk pemakanan tambahan yang menggunakan beri Açai sebagai bahan utamanya. Ia digabungkan dengan beberapa buah-buahan lain yang mengandungi kandungan anti-oksidan yang tinggi dan ditambah dengan bahan-bahan lain untuk memperbaiki sistem badan yang telah rosak akibat serangan radikal bebas.



"CEGAH APA YANG BOLEH DICEGAH DAN LAMBATKAN APA YANG TIDAK BOLEH DIELAKKAN"

Di petik dari: http://www.kesihatan.biz/Radikal_Bebas_Penyakit.php

Einstein

Socrates

Confucious

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online